Buah Sulang
Asal usul Kampong Menengah dan
Bukit Sulang bermula dari sepohon pokok yang terdapat diatas bukit. Menurut
sejarahnya nama Kampung berkenaan diambil dari nama pokok sulang yang ditemui
oleh penduduk Kampung itu sendiri. Pada zaman dahulu, ada terdapat teratak di
bukit berkenaan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti bergotong-royong dan muafakat
oleh penduduk-penduduk Kampung. Hinggalah hari ini, kampung ini telah di
namakan Kampong Menengah Dan Bukit Sulang. Yang mana terletaknya di Mukim
Lamunin, Daerah Tutong.
Kini buah sulang merupakan satu
sumber hasil penduduk di Kampung ini. Buah Sulang boleh digunakan bagi pewarna
nasi dan kelupis. Kelupis yang diwarnakan dengan buah sulang dinamakan kelupis
Sulang.