Saturday, December 8, 2012

Sejarah Kampong Menengah dan Bukit Sulang, Mukim Lamunin, Daerah Tutong


Buah Sulang



Asal usul Kampong Menengah dan Bukit Sulang bermula dari sepohon pokok yang terdapat diatas bukit. Menurut sejarahnya nama Kampung berkenaan diambil dari nama pokok sulang yang ditemui oleh penduduk Kampung itu sendiri. Pada zaman dahulu, ada terdapat teratak di bukit berkenaan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti bergotong-royong dan muafakat oleh penduduk-penduduk Kampung. Hinggalah hari ini, kampung ini telah di namakan Kampong Menengah Dan Bukit Sulang. Yang mana terletaknya di Mukim Lamunin, Daerah Tutong.

Kini buah sulang merupakan satu sumber hasil penduduk di Kampung ini. Buah Sulang boleh digunakan bagi pewarna nasi dan kelupis. Kelupis yang diwarnakan dengan buah sulang dinamakan kelupis Sulang.